WALAU SEBAGAI PEMBANGKANG, EWON TEKAD TERUSKAN TANGGUNGJAWAB


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick bertekad terus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Kadamaian, walaupun kini berada dalam blok pembangkang.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kadamaian yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan padu kepadanya meneruskan pembangunan di kawasan itu.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan warga Kadamaian. Saya galas cabaran ini sebaiknya,” katanya.

Ewon mengangkat sumpah bersama Adun-Adun Sabah yang lain di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, manifesto beliau hanya satu iaitu Menjayakan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020-2035.

Ewon berjaya meraih sebanyak 6,823 undi menewaskan lima pencabar dari parti-parti lain.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *